Monday, February 7, 2011

Sakit~

Assalamualaikum...

Hari ni masuk hari kedua aku demam..Ini semua Ujian dari Allah.Waktu kita sakit ni la kita boleh tunjukkan sama ada kita nie betul2 hamba yang taat atau tidak.Memang kesabaran kita akan diuji waktu kita sakit..Tak semua orang akan rasa kesakitan yang kita alami.Namun ada jugak yang diuji dengan ujian yang berat contohnya mendapat penyakit yang susah untuk sembuh seperti sakit jantung dan sebagainya.

Tapi ada sesetengah manusia yang hanya melakukan ibadah waktu dalam kesusahan.Contohnya waktu sakit, dia mmg akan bersungguh2 beribadah kepada Allah.Tapi bila dah sihat,terus lupa segalanya.Lupa siapa yang memberi kesihatan yang sempurna kepadanya.

Aku ingat lagi cerita ayah aku.Ada seorang lelaki nie..dulu dia sakit..ayah selalu nampak dia kat masjid..tapi sekarang dia dah sihat n ayah dah x nampak dia kat masjid..sampai satu hari tu kitaorang nampak orang tu x berbaju duk kat depan umah dia..ini nak menunjukkan ada sesetengah manusia yang mecari tuhan waktu susah sahaja.tapi bila dah senang terus tinggalkan amalan yang dia buat waktu sakit..Astagfirullahhal'azim..

Jadi,sebagai seorang muslim,kita seharusnya taat melakukan perintah-Nya..tidak kira sama ada waktu senang atau susah..dan kita seharusnya bersyukur apabila diuji kerana itu tandanya Allah masih sayangkan kita..

Sekian... 

2 comments: