Thursday, March 31, 2011

Wanita~

Adaptasi daripada salah seorang rakan seperjuangan...






Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi… begitulah juga orang yang cantik; kebanyakannya jarang berbudi.
Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, “kamu ni cantiklah,” maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah dia.
Ah… siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan menawan? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.
Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya.
Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.
Wanita yang cantik selalu ditimpa ‘perasan’ kerana sedar dirinya punya kelebihan.
Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya.
Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu.
Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.
Jika dia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa.
Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya.
Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya.
Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya.
Jadilah laksana Nakhoda
Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia.Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk
dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.

Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya.
Andai dia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah.
Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi,
lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya.
Cantik warnanya, harumnya tiada.
Sebaliknya wanita yang kurang cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya,
sentiasa mencari keredhaan-Nya, ibarat bunga cempaka.
Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.
Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang.
Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang.
Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan.
Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.
Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata.
Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi.
Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.
Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia.
Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia.
Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhluk-Nya.
Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya.
Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya.
Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya.
Resah adalah kerana menghitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.
Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah(sikap negatif) akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota.
Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah.
Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberi-Nya.
Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan.
Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing
dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi.
Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian.
Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?
Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita mendaki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.
Asal manusia adalah dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita.
Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan.
Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam.
Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan.
Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau.
Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang.
Langit yang dijadikan-Nya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang.
Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:
Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya pada-Nyalah kamu meminta pertolongan.” (Surah An-Nahl: 53)
 

Thursday, March 24, 2011

Keputusan~

Assalamualaikum...

Semalam keputusan SPM keluar..Aku memang gabra sesangat..dari pagi smpai la tgh hari memang x sentuh ape2 makanan pun coz gabra sgt..Hanya Allah je yang tau hati aku semalam..duduk dalam kereta lebih kurang 2 jam tu mmg menyeksakan..dh la abang aku x abis2 hantar sms..saja nk buat org bertambah gabra...

Sampai je sklh ade la dalam pukul 10.15 pagi..hm,ramai gak la kawan2 yg dah sampai..So,pegi la jumpa dyaorg dulu coz dh lama x jumpa kn..ade yg makin burn mukanya coz baru blk PLKN..tapi xpe la...yg pasti makin ramai kawan2 aku yg semakin chabi mukanya...haha

ok,sekarang nak cite macam mana perasaan waktu nak masuk bilik mesyuarat waktu pengetua nak umumkan keputusan tu..Mula2 kitaorang bg la peluang kat parents yang masuk dulu sebab kitaorang nie sumenya takut nak masuk...yg cikgu2 plak keluar masuk dri bilik mesyuarat tu...dan tiba2,guru kelas aku waktu form5 merangkap ustazah yg ajar PQS aku keluar dan nampak aku..Beliau nampak aku dan datang kat aku lalu mengucapkan tahniah kepadaku...Aku pelik gak la,then aku pun ckp kat ustazah,nape ckp tahniah,ok ke result aku??ustazah jawab,alah tahniah je la awal2...maka,bertambah berdebarlah bila ustazah cakap macam tu...

Bila masuk ja bilik mesyuarat tu,wah,aku tengok pengetu ngan cikgu fozi ade kat depan..tengok muka cikgu add math kesayangan ramai tu membuatkan kitaorg x duduk selesa..huhu..kuat betul aura cikgu nie..Maka tibalah masa yg ditunggu2 oeh semua orang iaitu pengunguman keputusan peperiksaan SPM 2010...mula2 tgk kat slideshow yang cikgu pasang..analisis semua matapelajaran yang ada..wah,not bad la result kitaorg..lulus 100%...alhamdulillah...then aku tengok kat subjek sejarah coz tu yg aku paling risau...alhamdulillah,semua lulus..pastu baru la tgk kat subjek2 killer macam add math ngan bahasa arab tinggi...hm,x taw nk ckp macam mana pasal subjek tu..tp,not bad la..

Habis je pengetua baca analisis semua matapelajaran,pengetua sebut la nama best student...orang yang dh disangka2..so,tahniah to Hanisah bt Abdul Rahman coz dapat straight 11A...pergh,dapat bunga kot cikgu bagi..then barulah pengetua sebut nama2 yg dapat 7A keatas...hm,ramai gak la..tapi yg x best nye bila nama aku xde..haha...dh agak pun...lepas tu pengetua jemput semua parent g makan kat kantin and kitaorg kena ambik result kat guru kelas masing2..hm,aku pun keluar ikut pintu belakang dari bilik mesyuarat tu..nak pergi kat depan tu,terserempak ngan mak...mak suruh aku g amik cepat..tapi masalahnya aku nie tengah gabra...

Selangkah demi selangkah aku pun masukla balik ke dalam bilik mesyuarat tu ikut pintu depan...jeng2..aku pun duduk la kat kerusi sebelah ustazah..mula2 ustazah bg kat kawan aku yang duduk sebelah kiri dia sebelum bagi kat aku..dapat je sampul surat tu,aku pandang kat pintu..tanya mak nk bukak kat luar ke bukak kat ustazah..mak ckp bukak je kat ustazah tu..aku pun bkk la sampul surat tu..tapi ape yang aku nampak dulu duit RM10..dalam hati fikir gak..duit ape pulak nie..waktu nak tarik result tu keluar dari sampul,tangan ketar..huhu..then waktu aku bukak result tu,ustazah pandang muka aku n ucap tahniah lagi sekali..aku pun x percaya tengok result tu...ustazah cakap,waktu dya tengok result tu,dya pun x sangka..nak2 pulak dlam subjek yg dya ajar..yela,aku prnh dapt kptsn yg teruk wktu trial dlu..then bila spm,aku dpat A- utk subjek dya..tu yg dya suka sgt tu..huhu..wah,syukur...hm,tuk duit RM10 tu,ustazah cakap teacher Yuhanis hamzah bg coz sains dapat A..hm,dya mmg dh janji sape dpt cemerlang dya nk bg hadiah...so,tu la hadiahnya..

Hm,aku malas nk bagitau result penuh kat sini..kalau nak taw kena tanya aku sendiri..tapi,walaupun result aku nie x boleh dibanggakn sangat,aku tetap bersyukur...mungkin nie setimpal dengan usaha yg aku bagi then aku pun dpt la result macam nie..Aku x kisah kalau org nk ckp result nie teruk,yg pntg aku dh redha biar apepun..Aku just fikir yg mungkin kejayaan yg sebenar akan dapat aku kecapi suatu hari nanti...

so,sekian saja sebab dah panjang sangat..letih pulak orang nak baca..ingat,biar apepun yang berlaku,baik atau buruk,korang tetap kena redha taw...assalamualaikum.. 

Sunday, March 20, 2011

Berjuang!! tapi???

Waktu Itu Adalah Ibadah, Kerana Solat, Ibadah, Hidup Dan Mati Kita Kerana
“Sesungguhnya Manusia Merugi, Kecuali Yang Beriman, Ber’amal Shaleh, dan
saling memberi nasehat yang baik dengan penuh kesabaran” QS. Al-‘Ashr {By.Abdurrahman,S.Ag}
            
           APA SEBENARNYA ENGKAU PERJUANGKAN

- Engkau ingin berjuang, Tapi tak mampu menerima ujian
- Engkau ingin berjuang, Tapi rusak oleh pujian
- Engkau ingin berjuang, Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan
- Engkau ingin berjuang, Tapi tidak begitu setia kawan
- Engkau ingin berjuang, Tapi tidak sanggup berkorban
- Engkau ingin berjuang, Tapi ingin menjadi pemimpin
- Engkau ingin berjuang, Tapi menjadi pengikut agak segan
- Engkau ingin berjuang, Tapi tenggang rasa tidak engkau ‘amalkan
- Engkau ingin berjuang, Tapi tak sanggup trima perubahan
- Engkau ingin berjuang, Tapi kesehatan dan waktu tidak sanggup engkau korbankan
- Engkau ingin berjuang, Tapi tidak mampu menerima ujian
- Engkau ingin berjuang, Tapi waktu tidak sanggup engkau luangkan
- Engkau ingin berjuang, Tapi karena istri tidak engkau tahan
- Engkau ingin berjuang, Tapi rumah tangga lintang pukang
- Engkau ingin berjuang, Tapi diri tidak engkau tingkatkan
- Engkau ingin berjuang, Tapi displin diri engkau abaikan
- Engkau ingin berjuang, Tapi janji kurang engkau tunaikan
- Engkau ingin berjuang, Tapi kasih sayang engkau cuwekkan
- Engkau ingin berjuang, Tapi tetamu engkau abaikan
- Engkau ingin berjuang, Tapi anak istri engkau lupakan-- Engkau ingin berjuang, Tapi ilmu berjuang engkau tinggalkan
- Engkau ingin berjuang, Tapi kekasaran dan kekerasan engkau amalkan
- Engkau ingin berjuang, Tapi pandangan engkaut tidak diselaraskan
- Engkau ingin berjuang, Tapi rasa berTuhan engkau abaikan
- Engkau ingin berjuang, Tapi solat engkau lalaikan
- Engkau ingin berjuang, Tapi redha orang tua engkau abaikan
- Engkau ingin berjuang, Tapi guru engkau lawan
- Engkau ingin berjuang, Tapi qur’an engkau tentang
- Engkau ingin berjuang, Tapi segala cara engkau lakukan
- Engkau ingin berjuang, Tapi suap menyuap engkau pakai
- Engkau ingin berjuang, Tapi sifat malas engkau pelihara
- Engkau ingin berjuang, Tapi sifat riak engkau tampakkan
- Engkau ingin berjuang, Tapi ejekan dan hinaan engkau keluarkan
- Engkau ingin berjuang, Tapi nafsu tidak engkau kendalikan
- Engkau ingin berjuang, Tapi aurat engkau buka
- Engkau ingin berjuang, Tapi rasa malu engkau buang
- Engkau ingin berjuang, Tapi hati engkau tidak ikhlas
- Engkau ingin berjuang, Tapi tidak engkau lakukan dengan cara baik
- Engkau ingin berjuang, Tapi pemaksaan dan tekanan engkau lakukan
- Engkau ingin berjuang, Tapi sifat dendam dan benci engkau kobarkan
- Engkau ingin berjuang, Tapi sifat pemaaf dan minta maaf engkau tidak amalkan
- Engkau ingin berjuang, Tapi ketauladanan tidak engkau tampakkan
- Engkau ingin berjuang, Tapi sifat tergesa-gesa engkau praktikkan
- Engkau ingin berjuang, Tapi iman dan taqwa engkau lupakan
Yang sebenarnya, apa yang hendak engkau perjuangkan?

Renung-renungkanlah...
 

Saturday, March 19, 2011

Hati~

Sabarlah duhai hati.

Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.
Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.
Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.
Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.
Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.
Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.

Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti di uji.
Sekuat manakah cintamu padaNYA. sehebat manakah kasih kamu padaNYA.
Datang ujian dalam pelbagai cara. hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu padaNYA.
Andai kata kuat dan tetap hatimu padaNYA, maka bergembiralah.
Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayangNYA selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisiNYA masih lemah.
Kembalilah pada cintaNYA yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.
Sudah menjadi sunnahNYA, setiap yang bergelar mukmin pasti akan di uji.

Dari ujian  itulah, DIA mencari hamba-hambanya yang benar-benar mendambakan keredhaan dariNYA.
Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?
Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.
Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.

Maka sabarlah duhai hati.

Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang pencipta,
maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.
Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.
Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadapNYA yang sudah pasti disaluti onak dan duri,
Akan didatangkan seorang yang turut sama mencintaiNYA sebagaimana dirimu juga.
Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.
Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan tuhan yang maha satu.

Maka sabarlah duhai hati.
Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.
Dia akan datang. Itu sudah pasti.
Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali DIA sang pencipta cinta itu.
Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang pencipta cinta itu sendiri.
Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dariNYA, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.