Saturday, December 31, 2011

Suka Duka 2011

Assalamualaikum........

Apa khabar semua??lama sangat kan x update blog nie..bukan takat bersawang, berkulat pun dh rasanya.. Disebabkan entri nie ditulis pada hari terakhir tahun 2011, so nak cita sikit la apa yang jadi pada tahun 2011.. rasanya macam2 yang jadi tahun nie,,ada suka dan tentunya ada duka..tak tahu nak cakap yang mana paling banyak..macam sama rata pun ada...tahun 2011, umur aku dah 18 tahun..umur yang bagi aku dah cukup dewasa bagi seorang perempuan..rasanya perangai dah matang, tp kadang2 waktu mood terlampau baik, memang otak pun gila2 sikit la..hahahh

Hm, nak cerita pasal apa dulu ea??hm, nak cita pasal perkara yang paling x boleh lupa sepanjang tahun 2011.. biasanya orang mesti x boleh lupa perkara yang gembira kan??tapi aku tetap x boleh lupa perkara nie.. perkara nie memang la antara perkara yang paling sedih pernah terjadi sepanjang 18 tahun (smpai entri ini ditulis ya) hidup kat bumi Allah nie...tanggal 7 June 2011, aku telah kehilangan seorang ibu saudara yang aku sayangi..mak sedara yang lebih mesra dipanggil ibu meninggal kat Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)...ibu telah disahkan menghidap kanser usus..awal tahun tu, ibu pergi menunaikan haji dengan abah(bapa saudara)..alhamdulillah, ibu sempat menunaikan rukun Islam yang kelima sebelum menghembuskan nafas terakhirnya..masa kat Tanah Suci, Alhamdulillah, ibu sihat je..mungkin sudah ujian dari Allah, ibu sakit selepas tu..kami semua redha dengan pemergian ibu..Arwah pergi pd tarikh yang sama dengan hari lahir kawan aku..act, aku tak pasti lepas nie aku masih mampu atau tidak utk ucapkan selamat hari lahir kat kawan tu coz mesti akan teringat kat peristiwa tu..
"Ya Allah Ya Tuhanku, Semoga Engkau tempatkan arwah Ibu bersama dengan orang-orang yang beriman" amin ya Rabb....

So, sekarang nak cakap pasal bnda yang hepi pulak...5 Julai 2011, aku diterima masuk ke Kolej Profesional Mara Indera Mahkota(KPMIM) dalam jurusan Diploma in Accountancy..alhamdulillah, akhirnya impian nak melanjutkan pelajaran tu kesampaian gak..mula2 risau gak nak amik acc kat kolej..ye la kan, takut tak mampu.. zaman sekolah dulu pun xdak la terer sgt acc nie..SPM pun takat dapat B je..tp alhamdulillah, dpt gak belajar ngan tenang..dan result exam sem 1 pun, alhamdulillah...mmg x sangka pun akan dapat macam tu..bersyukur sgt..keluar gak la air mata gembira masa tgk result tu..terima kasih sangat Ya Allah..semoga aku dapat kekalkan prestasi tu dan dapat result yang sama atau mungkin lebih baik pada masa akan datang..amin ya rabb...

Jadinya, dh xtau nak tulis ape..mmg x reti nak mengarut lebih2 nie...aku mmg x suka buat azam2 nie coz aku tau, mmg x tercapai nye la azam tu dengan perangai aku yang x menentu nie..aku buat je ikut suka ati aku macam mana..so, selamat berjaya kepada pembaca blog nie..maaf la kalau blog nie x memberi macam apa yang korang nak..aku nie bukan la seorang penulis yang bagus..main tekan kalkulator aku reti la..hahahha..xde la, gurau je...jadi, SELAMAT TAHUN BARU ya kawan2...tp jgn asyik sambut tahun baru masihi je..ingat jugak tahun baru hijrah..yang itu lagi penting bagi kita sebagai seorang muslim..

Last but not least, sekian sahaja utk tahun 2011, jumpa lagi tahun depan...ASSALAMUALAIKUM~