Sunday, May 22, 2011

Adakah Anda Tahu Biodatanya yg Sebenar???

Nama sebenar : Iblis laknatullah
Mula terkenal : Selepas derhaka kepada Allah 
Ahli keluarga : Puak puak taghyut(yang menentang dan memusuhi Allah)
Rakan taulan : Puak-puak munafiqiin
Agama tetap : Kafir
Darjat kebesaran : Fasik kelas pertama
Hobi utama : Berlaku taghyut dan kesesatan
Kesukaannya :Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkan
Cita-citanya : Mensyirikkan seluruh manusia

Pekerjaan : " Ketua pengarah @ CEO" puak-puak yang dimurkai ALLAH
Pejabat operasi :Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Tempoh kerja : Sehingga tiba hari pembalasan
Rakan kongsi :Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan manusia
Teman Sejawat :Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Sumber pendapatan :Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan :Menggalakkaan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah
Rancangan jangka panjang:menggoda manusia sehingga mati dalam keadaan syrik dan sesat
Tempoh perkhidmatan :Sehingga hari kiamat
Matlamat perkhidmatan :Membawa setiap makhluk ke Neraka Jahannam
Modal pusingan :Angan-angan kosong yg tinggi
Upah kerja : Dosa- dosa , termasuklah pengikut-pengikutnya & kemurkaan Allah
Bentuk interaksi/promosi : mengumpat, mencaci memaki hamun, menghasut, pendengki mengadu-domba dan pendendam
Motto kerja :'Hipokrasi asas akhlak'
lambang korporat: sebarang tatu
Alat perangkap paling hebat :Wanita cantik, model, pelacur, peragawati dan sebagainya
Empayar jajahan : Di hati yang tidak ada "zikrulLaah"
Jalan perjuangan : Bengkok dan penuh penyelewengan
Pusat pertemuan /tempat meeting : Pasar-pasar & pusat maksiat

Alamat tetap : Neraka Jahannam
Tempat lepak : Hati org-org yang lalai (Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah)
Lambang amalan : Nifaq( hipokrit )
Isteri di dunia : Wanita yang tidak menutup aurat dan mentaati Allah, Rasul dan suaminya
Kekasih utama : org yang lalai dari mengingati Allah
Kediaman rasmi : Dalam jamban tahi
Sifat utama : Tidak tetap pendirian,terpulang pada keadaan
makanan asasi : Daging mayat (pengumpat ) dan segala najis dan kotoran
Pertahanan diri : Tipu daya syaitan selalunya lemah
Buruan utama : Golongan-golongan wanita Ungkapan rahsia : "Akulah.." iaitu kalimah takabbur
Janji manisnya : Janji kosong, angan-angan dan tipu daya

Musuh ketat & ditakuti :Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Yang dibenci :Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Saat yang menyedihkan : Apabila manusia beristighfaar & bersujud kepada Allah

 

Thursday, May 19, 2011

Piring Astro Menghadap Kiblat???

Assalamualaikum...

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?





KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya.
Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.





Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menghubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.


Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tisu badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..



Sekian,terima kasih...
 

Saturday, May 14, 2011

Penjelasan~~

Assalamualaikum...

Kat sini saya nak bagitaw..Mungkin ada antara pengunjung blog nie yg sudah baca artikel atau maklumat2 yg di'post' disini di mana2 blog mahupun laman sosial sebelum ini..

Saya hanya ingin berkongsi ilmu..mungkin ada antara anda yg tidak pernah membacanya..jadi,x salahkan kalau sya mahu meng'post' kn artikel2 itu??Semoga semuanya memberi manfaat kepada semua..

Oh ya..Mungkin ada yang perasan,salah satu post telah tiada..post pasal "luahan hati seorang insan"..Hm,maaf ya..post itu saya dh delete atas sebab2 tertentu..
Setelah dapatkn khidmat nasihat drpd mereka yg lebih ahli,maka saya buat keputusan untuk delete post tu..maaf ya kepada mereka yg berkaitan dengan post itu..

Jadi,tu ja kot tuk kali ini..sehingga bertemu lagi lain kali..semoga anda semua sihat sejahtera dan dibawah rahmat Allah sentiasa..amin ya rabb..

sekian,terima kasih...

p/s:macam la ade org yg mengharapkan penjelasan dari aku..ntah2 org buat x taw je kot..huhu..tp aku peduli ape???nie kan blog aku,so sesuka hati aku la aku nk buat ape pun..hehe

*maaf ea,terkasar pula bahasa itu*
 

Tanda2 Anda Diganggu makhluk Halus~

Assalamualaikum..Kali nie nk share sumthing yg sangat berguna dan penting..mungkin ada yg sudah taw tapi x salah untuk berkongsi ilmu..InsyaAllah berguna..




TANDA2 GANGGUAN MAKHLUK HALUS SEMASA TIDUR

>susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah
>mudah trjaga pda waktu malam dalam keadaan takut
>mimipi melihat sesuatu yg menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi x berdaya
>mimpi buruk yg menakutkan
>mimipi melihat binatang sprti kucing, ular, unta,serigala, singa, tikus, n sebagainya
>ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur
>bunyi gigi bergetar ketika tidur
>mimipi jatuh dari tmpt tinggi
>berdiri dan berjalan ketika tidur
>bermimipi berada di tempat sunyi
>bermimipi berada di tempat kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan
>mimpi melihat makhluk halus
>mimpi melihat salib atau gereja
>mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka
>mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusu budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya
>mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya(tanda santau)

TANDA2 TERKENA GANGGUAN MAHKLUK HALUS SEMASA SEDAR....
>sering lalai mengingati Allah S.W.T
>hilang ingatan(gila)
>hilang semangat apabila sampai di tempat kerja
>lesu dan malas
>sesak nafas apabila masuk waktu waktu asar hingga ke malam
>sakit pada sebahagian anggota badan/tulang belakang
>kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk
>melihat sesuatu yang pelik
>lenguh seluruh anggota badan
>ketumbuham yang sukar diubati
>terasa seolah- olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki
>mudah panik bila berhadapan dengan masalah
>jiwa lemah dan mudah mengalah
>batuk yang berlarutan, batuk berdarah, bernanah keluar debu2 kecil seperti serbuk kaca
>mudah marah dan panas baran
>hilang darah
>agresif dan bertindak liar

FAKTOR GANGGUAN...
A. berpunca daripada jin

>jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat
>jin yang sengaja ingin menzalimi manusia
>dengki kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah
>balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau x sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin
>benci kepada manusia yang taat dan mempelajari agama

B.berpunca daripada manusia

>kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas, dan menggangu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja
>mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah
>bersama isteri tanpa menyebut nama Allah
>perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta
>tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat2 sunyi
>tukang sihir bekerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki
>sikap manusia yang takkabur dan mencabar
>keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk
>mengamalkan sihir dan amalan2 yang salah seperti silat yang berkait dengan jin sehingga memaksa diri
>kesanggupan menerima jin(saka) menyebabkan anak dan cucu2 menjadi mangsa



p/s:banyakkanlah beribadah kepada Allah agar kita tidak diGanggu oleh makhluk2 ini..sentiasa berdoa agar kita dihindari drpd segala malapetaka..Wallahua'lam