Tuesday, February 22, 2011

Berhati-hati~

Assalamualaikum...

"Apabila seorang lelaki terlalu menggilai seorang wanita"

Tu adalah status aku kat fb semalam.tapi sebabkn status tu gak la ak hampir bergaduh ngan seorang kawan.Aku tahu dye marah kat aku pasal status tu.Mungkin dye terasa.Tapi yang sebetulnya memang xde kaitan ngan dye pun.

Cerita dye macam nie.Malam semalam ade orang call aku.Dye cite pasal sorang budak laki nie.Budak nie minat sangat kat dye smpai sggp buat macam2 kat dye.Kalau nak cerita kang panjang plak jadinye.Tapi kire nye memang teruk la budak laki tu buat..

Tapi kawan yg sorang nie terasa.Hm,xtaw nak terang macam mana..
"awak,kat blog nie saya nk ckp,awk mmg xde kaitan langsung ngan status tu..sori sgt2 sebab awk terasa..saya taw awk akan bkk blog sya nie walaupun xtaw bila..sebab tu sya tulis kat sini.I'M SORRY..

Atas dasar persahabatan.aku delete gak status tu dari fb aku..Ak xnk hilang kawan sebab bende tu..Sebab aku pegang kata2 nie:
    "carilah seribu sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat masih belum banyak..tetapi jauhilah walau    seorang musuh kerana seorang musuh sudah lebih daripada banyak"-lukman alhakim

"Sayangi sebuah perkenalan kerana disitu ada kenangan..Kenangi sebuah perhubungan kerana disitu ada kerinduan..Sayangi kedua-duanya kerana itu anugerah dari Tuhan..Tidak terasa bila ia pergi tetapi sayu bila ia kembali..Ia datang tanpa seruan,ia pergi tanpa alasan..Jadi,abadikanlah ia sebelum hilang dari pandangan"
 

Friday, February 11, 2011

Rindu~

Assalamualaikum....

Baru2 nie bkk blog kawan,dye pun tulis pasal rindu gak..dye tulis pasal rndu kawan sklh menengah..dye siap letak gambar lg..Tapi yang peliknye ade gak sesat gambar aku kat situ..padahal ak nie kawan sklh rendah dye je kot..tapi thanks byk2 kat dye..tu makne nye dye rindu ak..haha..bajet sendiri...

sekarang nie ak nak citer pasal rindu ak plak...ak rindu sangat kat kawan2 ak..x kira la sklh mngh ke sklh rendah ke...yg penting ak rindu korang semua...bila la lagi kita dapat jumpa ek??skrg nie korang sume busy..ade yg keje..ade gak yg belajar...baguslah masing2 buat aktiviti yg berfaedah..x macam ak nie..huhu

Kalau diberi kesempatan,ak teringin nak g sklh...just nak lawat sekolah yg ak sayang tu..ak nk sgt belajar balik..bile fikir2 balik,masa belajar main2..tapi bile dh kuar sklh mula la rindu...rindu nak belajar ngan cikgu2 kesayanganku..rindu nk kena marah ngan ust Hairul dlm kelas...rindu nak melawak ngan cikgu Wan..rindu kelas add math cikgu Fozi tiap2 minggu...klu nk list sume skali mmg la byk..tapi apa yang ak nak bgtaw ak rindu semua tu...







The Sweet school memories:
*One side love
*Silent mode mobile
*Bus stand comedies
*Canteen food
*Escape from seminar
*Last period excuse
*First love in school
*Birthday treats
*Last min preparation
*Overnight study for next day exam
*Sweet juniors
*Wrong spot question
*Exam marks problem
*friend-family function
Those day will never come again.So,make sure that things will never you forgetten~

 

Monday, February 7, 2011

Sakit~

Assalamualaikum...

Hari ni masuk hari kedua aku demam..Ini semua Ujian dari Allah.Waktu kita sakit ni la kita boleh tunjukkan sama ada kita nie betul2 hamba yang taat atau tidak.Memang kesabaran kita akan diuji waktu kita sakit..Tak semua orang akan rasa kesakitan yang kita alami.Namun ada jugak yang diuji dengan ujian yang berat contohnya mendapat penyakit yang susah untuk sembuh seperti sakit jantung dan sebagainya.

Tapi ada sesetengah manusia yang hanya melakukan ibadah waktu dalam kesusahan.Contohnya waktu sakit, dia mmg akan bersungguh2 beribadah kepada Allah.Tapi bila dah sihat,terus lupa segalanya.Lupa siapa yang memberi kesihatan yang sempurna kepadanya.

Aku ingat lagi cerita ayah aku.Ada seorang lelaki nie..dulu dia sakit..ayah selalu nampak dia kat masjid..tapi sekarang dia dah sihat n ayah dah x nampak dia kat masjid..sampai satu hari tu kitaorang nampak orang tu x berbaju duk kat depan umah dia..ini nak menunjukkan ada sesetengah manusia yang mecari tuhan waktu susah sahaja.tapi bila dah senang terus tinggalkan amalan yang dia buat waktu sakit..Astagfirullahhal'azim..

Jadi,sebagai seorang muslim,kita seharusnya taat melakukan perintah-Nya..tidak kira sama ada waktu senang atau susah..dan kita seharusnya bersyukur apabila diuji kerana itu tandanya Allah masih sayangkan kita..

Sekian... 

Wednesday, February 2, 2011

Renungkanlah~

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia" 
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. 

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. 

Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. "Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut. 

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu" Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi"

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".
"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. 

Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang .Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!